Kemalangan Jalan Raya vs Penunggang Motosikal

Posted September 26th @ 3:15 pm by wttan.adi@smjk.edu.my

Kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal

SIAPA patut dipersalahkan? 


    
 

1

          Menurut Perangkaan Kematian Jalan Raya Bagi Tahun 2006 Hingga 2007 ( Jan – Mei ) yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia,  peratusan tertinggi yang melibatkan kematian di atas jalan raya merupakan penunggang motosikal.  Menurut sumber lain, peratusan tertinggi yang melibatkan kematian di atas jalan raya di kalangan penunggang motosikal pula terdiri daripada golongan remaja.
  

2

          Antara salah laku di kalangan murid yang bermotosikal adalah:        

–         menunggang tanpa lesen memandu

         tidak memakai topi keledar

         menunggang melebihi had laju jalan raya

         menunggang dengan cara merbahaya

         tidak mengerti, menghirau atau memahami tanda-tanda jalan raya

         mengubahsuai motosikal secara haram

         tidak menggunakan lorong motosikal yang telah disediakan

         tidak menyalakan lampu isyarat ketika hendak membelok

         selain penunggang sendiri, penunggang turut menumpang/membonceng lebih daripada satu orang di atas motosikal

  

3

          Pelbagai cara dan langkah telah diambil untuk menangani masalah ini, namun hasilnya kurang memuaskan.  Cuba fikirkan!  Adakah remaja kita hari ini cukup matang dan bertanggungjawab dalam memainkan peranan mereka sebagai pengguna jalan raya yang bijak??  Siapa yang patut dipersalahkan?  Remaja sendiri?  Ibu bapa?  Pihak sekolah?  Atau kerajaan?
                                       

4

         Pada fikiran saya:

1.      Had umur mengambil ujian memandu kenderaan perlu dipertingkatkan.

2.      Peraturan pemakaian topi keledar termasuk di kawasan pedalaman dan kawasan sekolah perlu diperketat lagi.

3.      Kursus penggunaan jalan raya perlu diwajibkan  di peringkat tadika atau sekolah rendah.

4.      Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik dengan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.  Selain itu, mereka haruslah senantisa berprihatin terhadap keselamatan anak remaja mereka di atas jalan raya dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(a)             Tidak membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

(b)            Tidak membeli motosikal untuk anak mereka yang masih belum mendapat lesen memandu.

(c)             Terdapat ibu bapa yang membiarkan anak mereka yang merupakan murid sekolah rendah menunggang motosikal.  Tindakan ini harus dilarang sama sekali!

(d)            Sentiasa berprihatin terhadap tingkah laku anak mereka di luar supaya mereka tidak terjebak dalam perlumbaan haram.

(e)             Tidak membonceng lebih daripada satu penumpang pada suatu masa.  Terdapat  ibu bapa yang membonceng  “sekeluarganya” kerana tidak memiliki kenderaan besar seperti kereta (2 orang dewasa: seorang sebagai penunggang utama, seorang lagi sebagai pembonceng dengan mendukung seorang anak, tambah dengan 2 orang anak lagi—seorang di depannya manakala seorang duduk di belakangnya).  Walau keadaan terdesak menyebabkan ibu bapa terpaksa merisikokan nyawa sekeluarga, namun teladan yang kurang baik ini secara langsung dipelajari oleh anak-anak mereka yang masih mentah fikirannya.

         

No Comments Yet

You can be the first to comment!

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.

This site is protected by Comment SPAM Wiper.